Selasa, 16 Ogos 2011

Nasi Tomato Cik Sal

Resepinya :

  • 4 cawan beras brasmathi
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan tomato puri
  • 2 sdb penuh minyak sapi
  • 2 sdb minyak jagung/sayur
  • 3 ulas bawang putih (blender)
  • 5 ulas bawang merah (blender)
  • bunga cengkih
  • kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • buah pelaga
  • Kismis, bawang goreng, daun sup
  • garam secukup rasa (1 sdb)
Cara-caranya:

1. Basuh beras, toskan dan masukkan kedalam periuk nasi.
2. Di dalam periuk yang lain, panaskan minyak sapi dan minyak jagung.
3. Setelah itu masukkan rempah tumis 4 sekawan bersama2 dengan bawang putih dan merah yang telah diblender. Apabila naik bau masukkan air, susu cair, tomato puri dan juga garam. Kacau seketika dan setelah mendidih masukkan kedalam beras yang berada dalam periuk nasi tadi dan kacau sebati dan bolehlah diteruskan memasak dalam periuk nasi tadi.
4. Setelah masak, buka tudung periuk lalu masukkan kismis digaulkan dengan nasi yang telah masak. Kemudian tutup seketika periuk nasi tadi bagi melembutkan kismis tersebut dengan wap nasi yang masih panas tadi.
5. Taburkan bawang goreng dan daun sup sebagai hiasan sebelum dihidang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan