Khamis, 17 Februari 2011

Tom Yam Seafood

Resepi Tom Yam saya ni adalah sangat mudah dan tak memerlukan anda membeli perencah di kedai untuk menyediakannya.


 Bahan-bahannya ialah :
  • Isi ayam, udang, sotong,ketam dan kepingan ikan merah (sekiranya suka)-Anggaran 4 org makan.
  • 3 sudu besar cili kering mesin.
  • 6 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 6 biji cili padi (tambah kalau mahu pedas)
  • 1 1/2" lengkuas (diketuk)
  • 4 batang serai (diketuk)
  • 5 helai daun limau purut (dihiris )
  • 1/3 cawan air limau nipis (ditambah sesedap rasa)
  • 1/2 sudu besar sos ikan
  • garam dan gula 
  • Cendawan butang ( Dihiris nipis anggaran semangkuk kecil)
  • Lobak Merah ( Dihiris nipis anggaran semangkuk kecil)
  • Jagung Muda  ( Dipotong 4 memnjang anggaran semangkuk kecil)
  • Kubis bunga  ( Dipotong kecil anggaran semangkuk kecil)
  • Air untuk kuah
Cara Penyediaan :-
Panaskan minyak, kemudian tumiskan cili kering sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan bawang putih, cili padi dan serai. Tumis sehingga naik baunya dan seterusnya masukkan lauk (seafood) dan tumis sehingga 3/4 masak (Tambahkan sedikit air ).
Apabila lauk hampir masak masukkan air anggaran untuk kuah. Kacau dan masukkan lengkuas, daun limau, dan sos ikan. Setelah mendidih masukkan semua sayur, air limau, garam dan gula mengikut rasa.
Dan setelah mendidih bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan