Jumaat, 26 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Assalamualaikum...

KERUTUK AYAM (DAGING@ITIK SERATI PUN SEDAPPP...)

1 ekor ayam (sederhana besar) di potong 12

Bahan untuk dikisar:
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 batang serai
3/4 inchi halia 
1/2 inchi lengkuas 

Bahan-bahan lain:
Santan (1 1/2 kotak santan Kara + 1 cwn air) @ anggaran 600ml santan sedarhana pekat
2 batang serai (dititik)
1/2 inchi lengkuas (diketuk)
2 sdb penuh kerisik 
3 sdb  cili giling/boh
1 inchi belacan
Asam keping (1 keping jika saiz besar)
3-4 biji Lada besar hijau
1 sdb Gula merah / (1 keping nisan)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan untuk rempah (disangai dan ditumbuk lumat):
1 sdb jintan manis 
1 sdb jintan putih 
1 sdb ketumbar 

Cara-cara menyediakannya:

Masukkan ayam yang telah dibersihkan kedalam periuk. Kemudian masukkan bahan2 kisar, serai dan halia ketuk serta bahan rempah ke dalam periuk ayam tersebut. Gaulkan dan perapkan selama 15min. Selepas tu masukkan santan kemudian dimasak di atas api sederhana. Setelah ayam empuk, tumiskan cili giling dan belacan didalam kuali. Setelah cili masak dan naik bau masukkan cili tersebut terus kedalam periuk ayam tadi. Kemudian masukan kerisik dan gula merah, gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali, masukkan lada hijau (boleh dibelah dua jika mahu). Renihkan sehingga kuah pekat. Sedia dihidangkan, sedap bila dimakan  bersama nasi beryani, nasi tomato dan juga nasi putih. Selamat mencuba.. Gambar nanti Cik Sal upload kemudian ya..




Selasa, 16 Ogos 2011

Produk Halal Malaysia

http://produkhalal.wordpress.com/

Nasi Tomato Cik Sal

Resepinya :

  • 4 cawan beras brasmathi
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan tomato puri
  • 2 sdb penuh minyak sapi
  • 2 sdb minyak jagung/sayur
  • 3 ulas bawang putih (blender)
  • 5 ulas bawang merah (blender)
  • bunga cengkih
  • kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • buah pelaga
  • Kismis, bawang goreng, daun sup
  • garam secukup rasa (1 sdb)
Cara-caranya:

1. Basuh beras, toskan dan masukkan kedalam periuk nasi.
2. Di dalam periuk yang lain, panaskan minyak sapi dan minyak jagung.
3. Setelah itu masukkan rempah tumis 4 sekawan bersama2 dengan bawang putih dan merah yang telah diblender. Apabila naik bau masukkan air, susu cair, tomato puri dan juga garam. Kacau seketika dan setelah mendidih masukkan kedalam beras yang berada dalam periuk nasi tadi dan kacau sebati dan bolehlah diteruskan memasak dalam periuk nasi tadi.
4. Setelah masak, buka tudung periuk lalu masukkan kismis digaulkan dengan nasi yang telah masak. Kemudian tutup seketika periuk nasi tadi bagi melembutkan kismis tersebut dengan wap nasi yang masih panas tadi.
5. Taburkan bawang goreng dan daun sup sebagai hiasan sebelum dihidang...

Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan 
·      
     Untuk nasi:
·         1 gantang (2.7kg) beras wangi (eg: brand Sunwhite)


  •       Beras perlu dibasuh dan direndam anggaran  8 - 9 jam
·        10 -12 ulas bawang merah dimayang
·         2 inci halia (dimayang)
·         2 sudu besar halba
·         Santan anggaran dari 3 biji kelapa


  •       santan pekat lebih kurang 900ml dan 
  •       santan cair dalam 450ml
·         1 sudu besar gula
·         segenggam garam
·          
·         Untuk lauk:
·         4 ekor ikan tongkol yang besar direbus bersama satu keret besar nisan, segenggam asam gelugur dan garam secukup rasa, air rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti
·          
         
·         Untuk Kuah:


  • ·         1/2 cawan serbuk ketumbar
  • ·         1/4 cawan serbuk jintan manis
  • ·         1/4 cawan lengkuas dihiris
  • ·         1 inci kunyit hidup 
  • ·         1 labu bawang putih (bersaiz besar)
  • ·         2 inci halia
  • ·         3/4 kilo bawang merah 
  • ·         1 1/2 cawan cili boh 
  • ·         kerisik dari 1/2 biji kelapa
  • ·         4 keping besar manisan/gula merah
  • ·         santan dari 4 biji kelapa ( kepekatan biasa, tidak cair)
  • ·         2 inci kulit kayu manis

·         Untuk Acar:


  • ·          3 biji timun
  •       1 batang lobak merah    
  •       3 biji cili merah besar     
  •       2 potong nenas                                        
  •       1/4 kobis


    (kesemua bahan diatas perlu digaul bersama garam gula dan cuka secukup rasa)


  • ·         Telur rebus (sekiranya suka)
Cara-cara Memasak Kuah :


1.     Semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, manisan, santan dan kulit kayu manis.

2.   Masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender,  kerisik, manisan dan kulit kayu manis.


3.  Masak biar lama (api perlahan) bila santan kering separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, langkah ini diulang lagi selepas air kering separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah anggaran lebih kurang 7 jam)


4.       Cara-cara memasak nasi:
      Beras yang direndam 8 jam dibasuh dan dikukus sehingga masak, kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, bawang merah yang dimayang dan halba.


5.      Kukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul bersama santan pekat (perah santan menggunakan air masak) yang sudah dicampur gula dan garam. Nasi siap untuk dihidang.