Khamis, 17 Februari 2011

Ikan Kerapu/Siakap Kukus Halia

Masakkan ikan kukus saya ni sangat simple dan mudah disediakan. Dan insya_Allah sedap juga rasanya. Harap mencuba!! Berikan juga komen anda setelah mencubanya. Terima kasih!!!

Bahan-bahannya:

  • Seekor ikan Kerapu/siakap (Anggaran 700gm - 900gm)
  • 2 Labu bawang putih
  • 3" Halia muda
  • 1 sdb sos ikan
  • 2 sdb minyak bijan
  • 5 biji cili padi di ketuk/dipotong kecil
  • Bawang merah
  • Daun bawang dan daun sup
  • Sedikit garam dan perasa
  • 3/4 cawan air (kuah)
  • 1/2 cawan hirisan cendawan butang
Cara penyediaan:-

Bersihkan ikan dan dikelarkan sedikit. Tumbuk lebih kurang 6 ulas bawang putih dan 1" halia muda dan di tambah dengan satu sudu kecil garam kemudian setelah lumat lumurkan pada ikan tersebut. Perapkan lebih kurang selama 20minit. Sambil tu sediakan dapur kukus anda. Ikan yang telah diperap kemudian bolehlah ditabur dengan lebihan bawang putih dan halia tadi (dimayang) kemudian masukkan sedikit air, minyak bijan, sos ikan, cili (ditabur) serta hirisan cendawan dan dikukus. Setelah masak bolehlah diangkat dan ditaburkan dengan daun bawang/sup. Gorengkan bawang merah dan setelah kekuningan angkat dan tuang kedalam pinggan ikan kukus tadi. Jangan tuang terlalu banyak minyak bawang goreng kedalam ikan. Sedia dihidang...

Tom Yam Seafood

Resepi Tom Yam saya ni adalah sangat mudah dan tak memerlukan anda membeli perencah di kedai untuk menyediakannya.


 Bahan-bahannya ialah :
  • Isi ayam, udang, sotong,ketam dan kepingan ikan merah (sekiranya suka)-Anggaran 4 org makan.
  • 3 sudu besar cili kering mesin.
  • 6 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 6 biji cili padi (tambah kalau mahu pedas)
  • 1 1/2" lengkuas (diketuk)
  • 4 batang serai (diketuk)
  • 5 helai daun limau purut (dihiris )
  • 1/3 cawan air limau nipis (ditambah sesedap rasa)
  • 1/2 sudu besar sos ikan
  • garam dan gula 
  • Cendawan butang ( Dihiris nipis anggaran semangkuk kecil)
  • Lobak Merah ( Dihiris nipis anggaran semangkuk kecil)
  • Jagung Muda  ( Dipotong 4 memnjang anggaran semangkuk kecil)
  • Kubis bunga  ( Dipotong kecil anggaran semangkuk kecil)
  • Air untuk kuah
Cara Penyediaan :-
Panaskan minyak, kemudian tumiskan cili kering sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan bawang putih, cili padi dan serai. Tumis sehingga naik baunya dan seterusnya masukkan lauk (seafood) dan tumis sehingga 3/4 masak (Tambahkan sedikit air ).
Apabila lauk hampir masak masukkan air anggaran untuk kuah. Kacau dan masukkan lengkuas, daun limau, dan sos ikan. Setelah mendidih masukkan semua sayur, air limau, garam dan gula mengikut rasa.
Dan setelah mendidih bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba!!!