Assalamualaikum...
KERUTUK AYAM (DAGING@ITIK SERATI PUN SEDAPPP...)
1 ekor ayam (sederhana besar) di potong 12
Bahan untuk dikisar:
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 batang serai
3/4 inchi halia
1/2 inchi lengkuas
Bahan-bahan lain:
Santan (1 1/2 kotak santan Kara + 1 cwn air) @ anggaran 600ml santan sedarhana pekat
2 batang serai (dititik)
1/2 inchi lengkuas (diketuk)
2 sdb penuh kerisik
3 sdb cili giling/boh
1 inchi belacan
Asam keping (1 keping jika saiz besar)
3-4 biji Lada besar hijau
1 sdb Gula merah / (1 keping nisan)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Bahan untuk rempah (disangai dan ditumbuk lumat):
1 sdb jintan manis
1 sdb jintan putih
1 sdb ketumbar
Cara-cara menyediakannya:
Masukkan ayam yang telah dibersihkan kedalam periuk. Kemudian masukkan bahan2 kisar, serai dan halia ketuk serta bahan rempah ke dalam periuk ayam tersebut. Gaulkan dan perapkan selama 15min. Selepas tu masukkan santan kemudian dimasak di atas api sederhana. Setelah ayam empuk, tumiskan cili giling dan belacan didalam kuali. Setelah cili masak dan naik bau masukkan cili tersebut terus kedalam periuk ayam tadi. Kemudian masukan kerisik dan gula merah, gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali, masukkan lada hijau (boleh dibelah dua jika mahu). Renihkan sehingga kuah pekat. Sedia dihidangkan, sedap bila dimakan bersama nasi beryani, nasi tomato dan juga nasi putih. Selamat mencuba.. Gambar nanti Cik Sal upload kemudian ya..